Kenapa Teknologi Kejuruteraan berbeza dengan Kejuruteraan

 Hi guys, 


    Baru baru ni aku jumpa banyak sangat video tentang kekeliruan Kejuruteraan Teknologi dan Kejuruteraan. So aku decide untuk stop sekejap buat blog cerita seram and explain dulu apa benda ni sebenarnya. 

    Sebenarnya betul Kejuruteraan pure ni diorang almost 100% teori di universiti. Dengar ya almost 100% dan bukan 100%. As kejuruteraan pure korang perlu mendalami ilmu development (hands-on) itu sendiri sebab sebelum masuk ke level bachelor atau degree, kejuruteraan pure dalam level diploma dah pun ditekan sepenuhnya dalam isu development. Aku gunakan perkataan development disini sebab kita akan bezakan kejuruteraan tulen ni dengan teknologi kejuruteraan. So, perkataan hands-on memang tak sesuai sebenarnya untuk kita guna kat sini sebab orang akan kata kejuruteraan tulen ni otak teori dan tidak mahir sama sekali dalam kerja tangan (hands-on). Inilah sebenarnya kenapa perlu ditekankan perkataan development tu. 

    Okay get back to our point, dekat universiti ada 3 laras kejuruteraan. 

    1. Kejuruteraan Tulen (STEM)

    Kejuruteraan tulen berperanan dalam bidang development, analysis and research. Maksudnya dekat sini, bila kau masuk kejuruteraan tulen kau kena get ready untuk always cuba benda baru. Ye kejuruteraan tulen duduk dalam kategori STEM. Kita seakan akan saintis yang membangung sesuatu (development). 

    That's why dekat universiti untuk kejuruteraan tulen ni diajarkan teori supaya kau nampak kelemahan sesuatu teknologi dan kau cuba untuk tutup kelemahan tu supaya kau boleh provide sesuatu yang berguna kepada masyarakat dan menguntungkan diri kau sendiri. If kau tak nampak teori tu, kau ada selingan dalam development yang terlalu panjang kau takkan mampu untuk improve teknologi sedia ada sebenarnya. In work situation, bila arkitek beri sesuatu kau takkan mampu untuk nampak risiko senibina yang dihasilkan arkitek tu sendiri kepada masyarakat. Itulah sebabnya Engineering pure perlukan teori. Bukan untuk dihafal tapi untuk difahami. 

    Dan kalau kita ungkap balik sejarah saintis saintis lama, kita dapat tau yang berapa sukarnya kejuruteraan tulen nak buat kerja sekiranya teori yang dia pegang tidak boleh ditafsirkan dalam bentuk matematik (hubungkait matematik). Sebabnya perlunya untuk seorang Jurutera menguasai Ilmu matematik. 

    2. Teknologi Kejuruteraan (TVET)

    Dalam bidang teknologi kejuruteraan sangat dan sangat penting untuk dia tahu tentang development (hands-on). Kenapa? Kerana Teknologi Kejuruteraan adalah bidang yang berorientasikan amalan dan pengalaman bukan berorientasi reka cipta. Ini bermaksud Teknologi Kejuruteraan akan analisis dan mengubah suai teknologi yang sedia ada dan baru tercipta untuk ditafsirkan dalam project atau reka cipta yang dihasilkan oleh kejuruteraan tulen. Jelaskan?

    Maksudnya bila bekerja, Kejuruteraan tulen yang dipantau oleh jurutera professional akan dibantu oleh Teknologi Kejuruteraan. Katakan apabila suhu perlu direndahkan dan Kejuruteraan tulen bercadang untuk menggunakan air untuk merendahkan suhu. Teknologi Kejuruteraan akan membantu Kejuruteraan tulen untuk mengelakkan air tersebut terkena pada kawasan anti-air tapi boleh di sejukkan menggunakan air. 

    3. Teknologi (TVET)

    Ini adalah unspoken guy biasanya dalam mana mana perbahasan seolah olah mereka tiada sedangkan tanggungjawab mereka dalam sesuatu projek sangat besar iaitu prosedur dan operasi. Jika kita ambil isu air tadi, setelah Teknologi Kejuruteraan meneliti alatan apa yang diperlukan untuk menambah baik isu suhu contohnya Teknologi Kejuruteraan secara praktikal dalam development air itu hanya perlu mengenai kawasan X iaitu kawasan tertentu. Maka operasi melaraskan air dikawasan X akan dijalankan oleh Teknologi. 

    That's it. Memang itu je yang korang perlu tahu and semuanya jelas kenapa Engineering pure, Engineering Technology dan Technology itu tarafnya berbeza. Ini semua kerana tanggungjawab masing masing dan beban yang dipikul.

Comments

Popular posts from this blog

Pengenalan Kursus Kejuruteraan Komputer

Lagenda Bukit UTeM

Kisah Lestari