Pengenalan Kursus Kejuruteraan Komputer

 Hi assalamualaikum semua, 

Seperti tajuk aku merupakan seorang pelajar di universiti awam di Malaysia

Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Kursus aku baru lagi bermula sejak beberapa tahun lepas di Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer, FKEKK atau sekarang FTKEK.

Aku antara kohort yang terawal dalam kursus ni.

Untuk adik lepasan STPM yang berminat untuk menceburi bidang ni, aku ada sedikit pengenalan bagi kursus ni mengikut fahaman aku sendiri berdasarkan pengalaman aku di sini.

Kursus BENR (bagi kohort 1 sampai 4) atau BERR (kohort 5 dan keatas) adalah kursus yang diberi nama Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer. Kenapa kursus ni tak diletakkan di fakulti IT? Ini kerana hierarki Kejuruteraan Komputer itu sendiri berada dibawah hierarki Kejuruteraan Elektronik (Komputer). Senang cerita macam ni:

Kejuruteraan Elektronik (Komputer) --> Kejuruteraan Komputer --> Teknologi Kejuruteraan Komputer dan Sains Komputer --> IT dan Teknologi Komputer

Edit: Lepas semester ke 6 aku baru faham yang kursus kami adalah salah satu disiplin dari Elektronik... Dalam Disiplin ni wujud satu cabang kecil iaitu Computer Science. (IT ada dalam displin Komunikatif Elektronik) Jadi dia macam ni. Dalam dunia kejuruteraan ada beberapa core displine iaitu

1. Elektrik

2. Elektronik

3. Mekanikal

4. Proses

5. Awam

6. Bahan 

7. Projek

Jadi setiap core displin ada sub disiplin tersendiri. Dalam sub disiplin ada pula minor displin. Kalau Elektronik dia macam ni:

1. Komunikasi

- IT

- Antenna and so on...

2. Komputer

- Sains komputer

- Chip

- Kepintaran Perkomputeran (termasuklah AI dan Sekuriti)

3. Automasi

- sub ni dia lebih kepada bahagian kilang

4. Bio-medic

- yang ni lebih pada makmal sahaja

5. Photonic

- Solar

- semua ii yang berkaitan dengan matahari

Yup sangat rumit untuk aku ceritakan tapi kami belajar bagaimana kajian boleh dibuat menggunakan komputer, bagaimana komputer berfungsi dan bagaimana anda dapat mengolah penggunaan sebuah komputer (bukan PC atau Laptop komputer yang saya maksudkan adalah sebuah prosessor). Secara ringkasnya, kejuruteraan komputer bukan cabang untuk mencipta komputer tetapi kursus ini adalah sebuah cabang untuk mengaplikasikan penggunaan komputer dalam pelbagai teknologi. 

Dalam cabang kami ada beberapa cabang kecil seperti:

1. Mikrokomputer Pintar (samada Mikroprosessor atau Mikropengawal)

2. Kepintaran Pengkomputeran (sebuah cabang perisian yang menggabungkan Sekuriti dan AI, Data analyst, dan pelbagai lagi)

3. Teknologi Cip (ni adalah cabang perkakasan yang mengawal pelbagai teknologi Elektrik dan Elektronik secara mikro dan nano)

Jadi, cabang ini menggabungkan dua bidang iaitu Kejuruteraan Elektrik dan Sains Komputer.

Bamm! Pecah kepala. Tapi jangan risau untuk kamu semua yang mahu meneroka cabang ini, cabang ini kamu akan sentuh setiap satu cabang dalam Elektrik dan Sains Komputer secara ringkas. Kalau dibandingkan dengan Kursus Elektrik dan Sains Komputer kursus ini awak akan tak akan rasa kedua-dua kursus ini susah. Kerana kursus ini lebih spesifik tentang komputer. Kursus ini tak menyentuh asas. Jadi awak perlu belajar sendiri sesetengah teori seperti Teori Litar.

Apa pun AWAS subjek subjek yang sukar bagi saya seperti:

1. Elektromagnetik (subjek ni memang kena faham betul-betul tentang teori litar)

2. AI (fakulti IT belajar subjek ini dalam beberapa subjek berlainan tapi kami perlu hanya perlu fahaminya dalam masa yang singkat iaitu satu subjek sahaja)

3. Prinsip Komunikasi (aku tak tau geng geng yang amik telekom tu kepala diorang geliga macam mana)

Jadi korang kena fokus 3 semester awal supaya pointer cgpa korang tak jatuh sangat pada semester kehadapannya.

Comments

Popular posts from this blog

Lagenda Bukit UTeM