Kisah Lestari

 Hai korang,

    Harini kita nak cerita kisah lestari. Okay. Sebelum mulakan cerita aku nak beritahu yang aku adalah one of pelajar yang tak diberi pengalaman menginap di kolej selain lestari sehinggalah aku mendiami rumah sewa. Kolej lestari ni dah mula wujud lama tidak pasti bila tahun pertama dia dibuka. Mengikut cerita para pensyarah dan alumi Kolej Kediaman Lestari sudah bertapak lebih dari tahun 2008 dan 2009. Ketika itu Kolej Kediaman Lestari adalah kolej yang menempatkan pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer. Mungkin kerana penjenamaan semula UTeM dari nama asalnya Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia menjadi punca mengapa data ini hilang.

    Okay berbalik kepada kisah ini semula, kisah yang aku dapati daripada mulut ke mulut sebenarnya, dimana ketika itu aku bekerja di salah satu kolej lestari sebagai seorang pembantu tukang masak. Yup part time di kampus sendiri sebagai seorang student. Suatu ketika aku bersama tukang masak ketika itu yang aku beri nama Kak Na dan Kak Mur (bukan nama sebenar). Aku seringkali lebih rapat dengan Kak Mur berbanding Kak Na. Kami sering cerita berbagai topik yang agak aneh bagi sesetengah orang tetapi tidak pada kami.

      Ketika itu, aku terlintas ingin berkongsi antara satu sama lain tentang kisah mistik. Aku mula dengan pengalaman aku sendiri di Lestari (aku akan ceritakan pada blog yang lain). Kak Mur mula membuka cerita yang mana sebelum aku masuk Kak Mur sering di tegur untuk tidak tidur siang dibawah pokok ketika tempoh rehatnya. Untuk pengetahuan semua, shift aku dan Kak Mur sendiri bermula dari jam 4 pagi sehingga 1 tengahari. Kami biasanya akan keletihan selepas habis shift atau ditengah tengah waktu bekerja dan akan mengambil masa berehat sekitar 30 minit selepas sarapan pagi disediakan kebiasaannya waktu Subuh. Ketika itu salah seorang dari pekerja kafeteria tersebut yang aku gelar Jebon menegur Kak Mur untuk tidak tidur dibawah pokok tersebut. 

    Kata Jebon pokok tersebut dimiliki sesuatu yang luar dari jangkauan manusia biasa. Jebon boleh dikatakan memiliki hijab terbuka tetapi tidak tepat, begitu juga aku. Bermaksud disini kami boleh berkomunikasi tetapi aku rasa Jebon lebih faham apa yang dimaksudkan makhluk yang kami berbicara berbanding aku yang hanya boleh mendengari suara yang tidak diingini. Ketika itu, Kak Mur mula pelik dan bertanya kenapa Jebon hendak menakut-nakutkannya. 

    Kata Jebon, dia pernah bercerita dengan suara seorang wanita yang pelik di tangga bersebelahan pokok itu. Jebon meringkaskan cerita bahawa dia dan suara itu berkongsi cerita mereka satu sama lain. Suara itu memberitahu bahawa dia pernah tinggal di Lestari tersebut dan merupakan salah satu pelajar disana tidak pasti bila tapi berdasarkan keadaan dan cerita yang dibawa oleh suara itu aku pastu yang suara itu maksudkan adalah sekitar 2008 dan 2009 keatas kerana ketika itu UTeM mempunyai kelas malam. Suara wanita itu merungkai ceritanya meninggal ketika waktu kelas malam akibat perbuatannya sendiri memutuskan nyawanya sendiri. Begitulah cerita yang dibawa oleh Kak Mur tentang Lestari. Aku akan ceritakan tentang pengalamanku di lain hari.

Comments

Popular posts from this blog

Pengenalan Kursus Kejuruteraan Komputer

Lagenda Bukit UTeM