Lagenda Bukit UTeM
Hi semua, Post yang kedua ini saya ingin bercerita tentang dua bukit yang lebih dikenali sebagai satu iaitu Bukit UTeM atau Bukit Senandung II Zaman berzaman berlalu, Bukit UTeM tidak lagi dikenali sebagai Bukit Senandung II namun Bukit Senandung terus mengekalkan namanya terletak diantara UTeM Induk dan Kolej Yayasan Saad di sempadan Bemban dan Durian Tunggal, Melaka. Ramai yang tidak tahu kisah mistik disebaliknya. Kisah ini adalah satu lagenda cinta yang tragis jadi orang-orang tua tidak tertarik untuk menyebarkan kisahnya di kalangan anak-anak mereka. Mereka tidak mahu ada yang terpengaruh dengan ritual karut dan perkara-perkara pelik disebalik lagenda ini. Namun saya cukup tertarik dengan Lagenda Bukit Senandung ini. Saya harap semua dapat menganggap ini sebagai satu hiburan kisah rakyat semata-mata. Kisahnya terbahagi kepada 2 versi yang satu lebih kepada alam dan satu lebih menekankan soal cinta dan kasih sayang. Saya akan bercerita tentang...