Posts

Lagenda Bukit UTeM

Image
 Hi semua, Post yang kedua ini saya ingin bercerita tentang dua bukit yang lebih dikenali sebagai satu iaitu Bukit UTeM atau Bukit Senandung II      Zaman berzaman berlalu, Bukit UTeM tidak lagi dikenali sebagai Bukit Senandung II namun Bukit Senandung terus mengekalkan namanya terletak diantara UTeM Induk dan Kolej Yayasan Saad di sempadan Bemban dan Durian Tunggal, Melaka.     Ramai yang tidak tahu kisah mistik disebaliknya. Kisah ini adalah satu lagenda cinta yang tragis jadi orang-orang tua tidak tertarik untuk menyebarkan kisahnya di kalangan anak-anak mereka. Mereka tidak mahu ada yang terpengaruh dengan ritual karut dan perkara-perkara pelik disebalik lagenda ini. Namun saya cukup tertarik dengan Lagenda Bukit Senandung ini. Saya harap semua dapat menganggap ini sebagai satu hiburan kisah rakyat semata-mata. Kisahnya terbahagi kepada 2 versi yang satu lebih kepada alam dan satu lebih menekankan soal cinta dan kasih sayang. Saya akan bercerita tentang...

Pengenalan Kursus Kejuruteraan Komputer

 Hi assalamualaikum semua,  Seperti tajuk aku merupakan seorang pelajar di universiti awam di Malaysia Universiti Teknikal Malaysia Melaka Kursus aku baru lagi bermula sejak beberapa tahun lepas di Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer, FKEKK atau sekarang FTKEK. Aku antara kohort yang terawal dalam kursus ni. Untuk adik lepasan STPM yang berminat untuk menceburi bidang ni, aku ada sedikit pengenalan bagi kursus ni mengikut fahaman aku sendiri berdasarkan pengalaman aku di sini. Kursus BENR (bagi kohort 1 sampai 4) atau BERR (kohort 5 dan keatas) adalah kursus yang diberi nama Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer. Kenapa kursus ni tak diletakkan di fakulti IT? Ini kerana hierarki Kejuruteraan Komputer itu sendiri berada dibawah hierarki Kejuruteraan Elektronik (Komputer). Senang cerita macam ni: Kejuruteraan Elektronik (Komputer) --> Kejuruteraan Komputer --> Teknologi Kejuruteraan Komputer dan Sains Komputer --> IT dan Teknologi Komputer Edit: Lepas...